Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Individu terima pujian selepas tinggalkan nota mengharukan bagi kakitangan ambulans

Seorang individu baik hati yang tidak dikenali menerima pujian selepas meninggalkan nota yang mengharukan di cermin depan sebuah ambulans, meskipun ia menghalang laluan masuk ke rumahnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Individu terima pujian selepas tinggalkan nota mengharukan bagi kakitangan ambulans

Gambar hiasan. (Gambar: Toby Melville/Reuters)

Diterbitkan : 27 Aug 2018 05:26PM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 03:26PM

WALES: Seorang individu baik hati yang tidak dikenali menerima pujian selepas meninggalkan nota yang mengharukan di cermin depan sebuah ambulans, meskipun ia menghalang laluan masuk ke rumahnya.

Menurut laporan portal berita ITV News, individu itu dipercayai meletakkan kertas nota tersebut dan wang £5 (S$8.80) di cermin depan kenderaan ambulans di Flintshire.

Pada kertas nota itu, terdapat tulisan: "Terima kasih kerana menghalang laluan jalan masuk ke rumah saya untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Minuman, saya belanja."

Dewi Llyod dari Khidmat Ambulans Welsh memuat naikkan gambar nota itu di laman Twitternya dan gambar itu sudahpun mendapat lebih 1,000 tanda suka, lapor ITV News.

Ramai pengguna juga meninggalkan komen-komen positif terhadap tindakan baik individu berkenaan.

Awal minggu ini, seseorang kakitangan khidmat ambulans di Leicester menemui sekeping nota di sebuah ambulans daripada seorang individu yang merungut bahawa kenderaan berkenaan menghalang laluan jalan masuk ke rumahnya sedang para kakitangan memberi respons kepada satu panggilan meminta bantuan.

ITV News menukil Pengurus Operasi Ambulans dan Paramedik Leicestershire, Lee Brentnall, sebagai berkata: "Adalah amat mengecewakan apabila kami melihat nota negatif diletakkan pada salah sebuah ambulans kami.

"Ini juga mengganggu kakitangan ambulans kami yang berdedikasi sedang mereka cuba membantu para pesakit dan menjalankan tugas mereka. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan