Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Individu positif COVID-19 dibenarkan undi pada PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA TERENGGANU: Individu yang positif COVID-19 namun tidak kritikal, akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun individu tersebut perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelak.

Menurut beliau pihaknya telah bermesyuarat dengan SPR bagi mengesyorkan beberapa cadangan untuk dimasukkan sebagai SOP bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar dan selamat.

"Akan ada saluran khas untuk mereka (yang positif COVID-19) nanti, mereka tidak akan bercampur dengan orang lain.

"Pemakaian pelitup muka dan pelindung muka juga penting selain sanitasi. Pemakaian pakaian perlindungan peribadi (PPE) lengkap kami tak cadangkan dalam SOP," katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam (TTI) pada Khamis (13 Okt).

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga melakukan persiapan menghadapi banjir termasuk menyediakan petugas di lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) dan mengenal pasti lokasi yang mempunyai pesakit berisiko.

Katanya petugas akan memastikan aspek kebersihan di PPS terjaga dan melakukan saringan bagi mengelak risiko jangkitan pelbagai penyakit yang berbahaya.

"Untuk pesakit dengan kes berisiko seperti buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis pula, KKM dah kenal pasti awal kedudukan mereka supaya rawatan tak putus (terhenti) ketika banjir.

"Kami ada maklumat mereka dan kami ada juga data tempat mana yang perlu kami tingkatkan perkhidmatan jika berlaku banjir," katanya.

Menurutnya lagi, sebanyak 552 daripada 2,891 Klinik Kesihatan di seluruh negara dikenal pasti berisiko dilanda banjir, namun langkah alternatif sudah diambil bagi menghadapi masalah terbabit.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan