Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Individu palsukan sijil vaksinasi COVID-19 perlu dikenakan hukuman maksimum: Hishammuddin

Individu yang terlibat dalam pemalsuan sijil vaksinasi COVID-19 perlu dikenakan hukuman maksimum kerana tindakan itu bukan hanya mendatangkan bahaya kepada diri sendiri malah terhadap individu lain yang tidak berdosa, kata Menteri Kanan Pertahanan Malaysia Hishammuddin Tun Hussein.

Anggaran Waktu Membaca:
Individu palsukan sijil vaksinasi COVID-19 perlu dikenakan hukuman maksimum: Hishammuddin

Hishammuddin Hussein. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

KUALA LUMPUR: Individu yang terlibat dalam pemalsuan sijil vaksinasi COVID-19 perlu dikenakan hukuman maksimum kerana tindakan itu bukan hanya mendatangkan bahaya kepada diri sendiri malah terhadap individu lain yang tidak berdosa, kata Menteri Kanan Pertahanan Malaysia Hishammuddin Tun Hussein.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci dalam kes berkenaan dan membawa semua yang terlibat ke muka pengadilan.

"Ini sesuatu yang susah saya hendak terima dan maafkan kerana ia menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang ramai yang tidak berdosa.

"Saya mahu penguatkuasaan undang-undang sepenuhnya ke atas mereka dan saya mahu pastikan mereka sedar ada had bila tiba tentang keuntungan yang menjejaskan kehidupan orang ramai," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Wisma Pertahanan hari ini.

Encik Hishammuddin berkata hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap individu yang menjual dan membeli sijil vaksinasi palsu bagi mencegah kegiatan sedemikian daripada merebak.

Pihak berkuasa juga perlu berada satu langkah di hadapan dalam membanteras kegiatan ini kerana bagi mereka yang inginkan keuntungan mereka akan cuba mencari jalan lain.

Setakat ini, polis hanya mengesan satu kes aktiviti penawaran sijil vaksinasi COVID-19 palsu setakat ini yang melibatkan seorang pengamal perubatan di Marang, Terengganu.  

Pada Sabtu lalu (8 Jan), polis menahan seorang doktor sebuah klinik swasta selepas disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu di Marang, Terengganu.

Suspek berkenaan ditahan reman selama tiga hari bermula Sabtu sehingga hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan dan perintah reman suspek berkenaan disambung selama dua hari lagi sehingga esok (12 Jan). 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan