Individu bersenjata ditembak selepas insiden tembakan berhampiran Rumah Putih
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail Rumah Putih di Washington. (Gambar: REUTERS/Yuri Gripas/Files)
WASHINGTON: Seorang individu bersenjata melepaskan tembakan pada Isnin (4 Mei) berhampiran Rumah Putih di Washington, DC sebelum ditembak selepas berdepan dengan pihak berkuasa, menurut Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat, lapor Xinhua.
Insiden tembakan itu berlaku pada petang Isnin (4 Mei) sekitar 15th Street dan Independence Avenue berhampiran Monumen Washington, ketika Presiden Donald Trump sedang menghadiri acara perniagaan kecil.
Para pegawai membalas tembakan dan menembak suspek, kata Timbalan Pengarah Perkhidmatan Rahsia Matthew Quinn, sambil menambah seorang orang awam turut terkena tembakan namun kecederaan yang dialaminya tidak mengancam nyawa.
Encik Quinn berkata konvoi kenderaan Naib Presiden JD Vance melalui kawasan itu tidak lama sebelum kejadian, namun tiada petunjuk bahawa beliau menjadi sasaran.
Rumah Putih ditutup sementara selepas insiden itu, namun Encik Trump dilaporkan meneruskan acara tanpa gangguan.
Jabatan Polis Metropolitan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan kawasan berkenaan telah dikawal rapi.
Pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya mengelakkan kawasan itu kerana penutupan jalan dijangka berlarutan selama beberapa jam.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.