Skip to main content

Dunia

IndiGo naikkan caj tambahan susuli kenaikan harga bahan api penerbangan

Anggaran Waktu Membaca:
IndiGo naikkan caj tambahan susuli kenaikan harga bahan api penerbangan
Pekerja bekerja di atas sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan ketika pesawat IndiGo Airlines bersiap sedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda di Bengaluru pada 9 Disember 2025. (Gambar fail: AFP/Idrees Mohammed)
Diterbitkan : 06 Oct 2026 07:02AM
IndiGo raises surcharge following increase in aviation fuel prices
  • IndiGo, India’s largest airline, announced an increase in the fuel surcharge on Monday (Oct 5) for domestic and international flights.
  • The new policy took effect on Tuesday (Oct 6), after Aviation Turbine Fuel prices rose by more than 14 per cent from the previous month.
  • The company said the increase in ATF prices had pushed fuel costs to their highest level in a decade, prompting the surcharge review.
  • For domestic routes, the new surcharge increased to 375 rupees to 1,300 rupees, up from 275 rupees to 950 rupees previously, while international routes were also affected.
Dijana oleh AI
NEW DELHI: Syarikat penerbangan terbesar India, IndiGo mengumumkan pada Isnin (5 Okt) bahawa ia akan menaikkan caj tambahan bahan api bagi penerbangan domestik dan antarabangsa berikutan peningkatan harga Bahan Api Turbin Penerbangan (ATF), lapor Xinhua.

Dasar caj tambahan bahan api baharu itu berkuat kuasa pada Selasa (6 Okt).

Menurut syarikat penerbangan berkenaan, kenaikan harga ATF berbanding bulan sebelumnya adalah melebihi 14 peratus, sekali gus melonjakkan kos bahan api ke paras tertinggi dalam tempoh sedekad lalu.

Syarikat itu menyatakan caj tambahan bahan api bagi laluan domestik akan dinaikkan kepada antara 375 rupee (sekitar AS$3.89) hingga 1,300 rupee (AS$13.49), berbanding julat terdahulu iaitu 275 hingga 950 rupee (AS$2.85 hingga AS$9.86).

Kenaikan caj tambahan itu turut dikuatkuasakan bagi penerbangan antarabangsa, menurut syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan.
Sumber : Bernama/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita