Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India wajibkan ujian COVID-19 bagi pelawat dari 5 negara, mulai 1 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
India wajibkan ujian COVID-19 bagi pelawat dari 5 negara, mulai 1 Jan

(Gambar hiasan: Arun SANKAR / AFP)

Diterbitkan : 29 Dec 2022 07:18PM Dikemas Kini : 29 Dec 2022 07:19PM
NEW DELHI: India akan mewajibkan kesemua pelawat dari China, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Thailand, untuk menunjukkan hasil ujian negatif COVID-19, mulai 1 Januari.

Demikian menurut Menteri Kesihatan India Mansukh Mandaviya, menerusi catatan di akaun Twitternya pada Khamis (29 Dis).

Para pelawat dari negara dan wilayah tersebut dikehendaki memuat naik laporan ujian mereka di laman pemerintah India, sebelum keberangkatan mereka.

"Ini akan dilaksanakan, memandangkan situasi COVID-19 yang masih berkembang di seluruh dunia," menurut menteri kesihatan itu dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, ujian tersebut perlu diambil dalam tempoh 72 jam sebelum perjalanan ke India.
Syarat baru ujian COVID-19 tersebut adalah langkah tambahan kepada ujian yang dilaksanakan secara rambang bagi dua peratus daripada kesemua pelawat antarabangsa yang tiba di India.

India menyusuli Amerika Syarikat, Jepun, Itali dan Taiwan dalam menguatkuasakan ujian wajib COVID-19 bagi para pelawat dari China, di tengah-tengah lonjakan jumlah kes COVID-19 di negara tersebut selepas pihak berkuasa melonggarkan sekatan ketat dasar "sifar-COVID".

Para pegawai kesihatan tertinggi dari Kesatuan Eropah (EU) mengadakan rundingan pada Khamis, untuk cuba menyelaraskan perbezaan pandangan terhadap respons kepada keputusan China memansuhkan sekatan COVID-19, meskipun di tengah-tengah gelombang jangkitan yang sedang melanda negara itu.
 
Sumber : Reuters/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa