Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India terima ancaman serangan Al Qaeda, sekatan eksport selepas kenyataan hina Nabi Muhammad

Anggaran Waktu Membaca:
India terima ancaman serangan Al Qaeda, sekatan eksport selepas kenyataan hina Nabi Muhammad

(Gambar: Arif Ali/AFP)

Diterbitkan : 09 Jun 2022 06:34PM Dikemas Kini : 09 Jun 2022 06:34PM

DELHI: India terus menerima tekanan ekoran komen menghina Nabi Muhammad oleh anggota-anggota Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah.

Selain ancaman serangan bom nekad dari kumpulan Al Qaeda dari benua kecil India, negara-negara dari Timur Tengah kini semakin lantang mahu eksport India dipulaukan.

Bantahan-bantahan anti-BJP juga lantang kedengaran di Pakistan dengan para penunjuk perasaan di Lahore misalnya membakar gambar-gambar Perdana Menteri India, Narendra Modi, serta jurucakap BJP Nupur Sharma.

Nupur Sharma merupakan antara dua anggota BJP yang membuat komen yang menghina Islam.

Sejauh ini Qatar, Arab Saudi, Oman, Amiriah Arab Bersatu, Afghanistan dan Iran sudah menyuarakan bantahan terhadap komen tersebut.

Timur Tengah merangkumi lebih daripada 10 peratus jumlah dagangan India.

Di Asia Tenggara, Indonesia dan Malaysia juga menyuarakan bantahannya menerusi Duta India.  

Sumber : Agensi berita/DY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa