India tangguh rundingan dagang dengan Amerika susuli keputusan Mahkamah Agung ke atas tarif Trump: Sumber
India menangguhkan rancangan untuk menghantar delegasi perdagangan ke Washington minggu ini, terutamanya disebabkan oleh ketidaktentuan berikutan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk membatalkan tarif yang dikenakan Presiden Donald Trump, menurut seorang sumber di kementerian perdagangannya pada Ahad (22 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: India menangguhkan rancangan untuk menghantar delegasi perdagangan ke Washington minggu ini, terutamanya disebabkan oleh ketidaktentuan berikutan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat untuk membatalkan tarif yang dikenakan Presiden Donald Trump, menurut seorang sumber di kementerian perdagangannya pada Ahad (22 Feb).
Ia merupakan antara reaksi konkrit terawal dalam kalangan negara Asia terhadap keputusan itu. Langkah tersebut menyusuli tindakan Encik Trump pada Sabtu untuk mengenakan tarif sementara sebanyak 15 peratus, iaitu kadar maksimum yang dibenarkan undang-undang, ke atas import Amerika Syarikat dari semua negara selepas mahkamah menolak tarif berkenaan.
“Keputusan untuk menangguhkan lawatan itu dibuat selepas perbincangan antara pegawai kedua-dua negara,” kata sumber tersebut yang enggan dikenal pasti kerana perkara itu bersifat sensitif. “Tiada tarikh baharu ditetapkan bagi lawatan tersebut.”
Penangguhan itu berpunca terutamanya daripada ketidaktentuan berhubung tarif menyusuli penghakiman pada Jumaat, tambah sumber berkenaan.
Delegasi itu sepatutnya berlepas pada Ahad untuk rundingan bagi memuktamadkan perjanjian perdagangan interim, selepas kedua-dua negara bersetuju dengan satu rangka kerja bagi membolehkan Washington mengurangkan tarif berat sebanyak 25 peratus ke atas beberapa eksport India yang dikaitkan dengan pembelian minyak Rusia oleh New Delhi.
Tarif Amerika Syarikat ke atas barangan India dijangka dikurangkan kepada 18 peratus, manakala India bersetuju untuk membeli barangan Amerika Syarikat bernilai AS$500 bilion (S$633 bilion) dalam tempoh lima tahun, merangkumi bekalan tenaga, pesawat dan alat ganti, logam berharga serta produk teknologi.
Parti pembangkang India, Congress, menggesa agar perjanjian interim itu ditangguhkan, sambil menyeru rundingan semula dan mempersoalkan keputusan Perdana Menteri Narendra Modi mengeluarkan kenyataan bersama sebelum keputusan mahkamah.
Pada Sabtu, kementerian perdagangan India menyatakan bahawa pihaknya sedang mengkaji implikasi penghakiman tersebut dan pengumuman lanjut Amerika Syarikat.
Minggu lalu, Menteri Perdagangan Piyush Goyal berkata perjanjian interim itu boleh berkuat kuasa pada April, selepas isu-isu yang tertunggak diselesaikan di rundingan yang seharusnya diadakan di Washington.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.