Skip to main content

Dunia

India tahan ribuan orang, perketat kawalan di Delhi untuk sekat bantahan pilihan raya

Anggaran Waktu Membaca:
India tahan ribuan orang, perketat kawalan di Delhi untuk sekat bantahan pilihan raya

Anggota keselamatan menahan penunjuk perasaan semasa bantahan oleh Parti Lipas Janta (CJP) di New Delhi, pada 10 Oktober 2026. (Gambar: Reuters/Adnan Abidi)

Diterbitkan : 11 Oct 2026 01:58PM
India detains thousands, tightens controls in Delhi to curb elections protests
  • Delhi Police detained more than 2,000 protesters on Oct 10 as the youth movement “Lipas” sought to gather at Jantar Mantar to demand that Gyanesh Kumar resign.
  • Authorities deployed police and paramilitary forces, suspended mobile internet services, and closed metro stations, markets and protest sites to prevent the gathering.
  • The issue stemmed from allegations that the Revision of Registers of Electors favoured the BJP, after Indian Express reported internal questions over the removal of about 130 million names.
  • The UN raised concerns about the right to assemble, but India rejected them; the Election Commission and the BJP denied wrongdoing and said re-registration was permitted.
Dijana oleh AI
NEW DELHI: Polis menahan lebih 2,000 penunjuk perasaan dan pengasas gerakan belia “Lipas” di Delhi pada Sabtu (10 Okt), sedang pihak berkuasa memperketat kawalan keselamatan bagi menghalang perhimpunan yang menuntut peletakan jawatan ketua pilihan raya India.

Beribu-ribu anggota polis dan tentera separa dikerahkan dan perkhidmatan Internet mudah alih digantung di pusat daerah perniagaan, manakala berpuluh-puluh stesen metro dan pasar ditutup.

Perhimpunan itu menyasarkan Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Gyanesh Kumar berhubung semakan senarai pengundi yang menurut pengkritik memberi kelebihan kepada Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.

Gerakan itu merancang mengumpulkan beribu-ribu orang di Jantar Mantar di tengah Delhi, tetapi kawasan tersebut ditutup sebelum tunjuk perasaan bermula.
Related article image
Penunjuk perasaan ditahan oleh anggota keselamatan semasa bantahan oleh Parti 'Lipas' Janta (CJP) di New Delhi pada 10 Oktober 2026. (Gambar: REUTERS/Adnan Abidi)
Related article image
Penunjuk perasaan ditahan oleh anggota keselamatan semasa bantahan oleh Parti 'Lipas' Janta (CJP) di New Delhi pada 10 Oktober 2026. (Gambar: REUTERS/Adnan Abidi)
Pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mengenai penahanan beramai-ramai itu sebelum dan semasa bantahan tersebut selain menggesa pihak berkuasa agar menghormati hak berhimpun secara aman.

Bagaimanapun, misi India ke PBB di Geneva menyifatkan kebimbangan itu sebagai tidak berasas dan campur tangan yang tidak wajar terhadap urusan dalam negeri India.

Pengasas Parti 'Lipas', Abhijeet Dipke, serta dua pemimpin kanan gerakan itu ditahan selepas penerbangan mereka dari Mumbai tiba di Delhi.

Gerakan tersebut mengecam penahanan pemimpinnya dan berikrar meneruskan bantahan sehingga Encik Kumar meletak jawatan.

Bantahan itu merupakan antara cabaran paling serius yang dihadapi Encik Modi setakat ini susulan dakwaan bahawa pihak berkuasa pilihan raya menyemak daftar pemilih secara tidak wajar menjelang pilihan raya negeri baru-baru ini.

Bantahan semakin memuncak selepas akhbar Indian Express melaporkan minggu lalu bahawa dua pesuruhjaya pilihan raya mempersoalkan semakan daftar pengundi oleh Encik Kumar yang menyebabkan kira-kira 130 juta nama digugurkan daripada senarai pengundi.

Encik Kumar belum mengulas tentang perkara itu, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya dan BJP menafikan sebarang salah laku.

Suruhanjaya itu menyatakan pengguguran nama itu membabitkan rekod yang dikenal pasti semasa proses semakan draf, dan mana-mana pengundi yang layak tetapi tersilap digugurkan boleh mendaftar semula.
Sumber : Reuters/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita