India tahan pengasas Jet Airways Naresh Goyal berhubung kes pengubahan wang haram
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Benoit Doppagne / BELGA / AFP)
NEW DELHI: Agensi membanteras jenayah kewangan India pada hari Jumaat (1 Sep) menahan pengasas Jet Airways, Naresh Goyal.
Menurut media tempatan India, ini berkaitan dengan dakwaan 5.38 bilion rupee India (S$88 juta) dalam kes pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Bank Canara.
Goyal ditahan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA), susuli sesi soal siasat yang panjang di pejabat Direktorat Penguatkuasaan (ED) di Mumbai, menurut laporan media tempatan.
Canara Bank memfailkan aduan pada Mei terhadap syarikat penerbangan itu, Goyal, isterinya dan bekas pengarah syarikat penerbangan itu kerana "menyebabkan kerugian yang salah" kepada pemberi pinjaman.
Jet Airways dan ED tidak dapat dihubungi segera untuk memberikan komen.
Dahulu syarikat penerbangan swasta terbesar di India, Jet kehabisan wang tunai pada April 2019 dan memfailkan muflis. Ia sepatutnya beroperasi semula pada suku pertama 2022 di bawah pemilik baharunya.
Walau bagaimanapun, proses itu terbantut dengan rancangan penyelesaian membantu syarikat penerbangan itu bangkit daripada muflis.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.