Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India sokong rundingan tamatkan konflik Rusia-Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
India sokong rundingan tamatkan konflik Rusia-Ukraine

Perdana Menteri India Narendra Modi. (Gambar: Bernama)

NEW DELHI: Konflik Rusia-Ukraine perlu diselesaikan melalui diplomasi dan rundingan, kata Perdana Menteri India Narendra Modi ketika berucap di Forum Ekonomi Timur kali ketujuh yang diadakan di Vladivostok, Rusia secara maya pada Rabu (7 Sep).

Modi turut menyuarakan kebimbangan mengenai krisis Ukraine terhadap rantaian bekalan global dan kekurangan komoditi.

"Konflik Ukraine dan pandemik COVID-19 telah memberi kesan besar kepada rantaian bekalan global.

“Kekurangan bijirin, baja dan bahan api adalah kebimbangan utama bagi negara-negara membangun.

"Sejak permulaan konflik Ukraine, kami telah menekankan keperluan untuk mengambil jalan diplomasi dan dialog.

“Kami menyokong semua usaha damai untuk menamatkan konflik ini," katanya.

Sementara itu, Encik Modi berkata terdapat "potensi besar" untuk menjalin kerjasama antara Rusia-India dalam sektor tenaga.

Import minyak mentah Rusia ke India meningkat dengan ketara sejak konflik Rusia-Ukraine tercetus pada tahun ini.
Sumber : Bernama/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan