Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India sedia periksa bukti Kanada jika dikemukakan

Anggaran Waktu Membaca:
NEW YORK: India pada Selasa (26 Sep) menyatakan ia bersedia untuk memeriksa bukti dikemukakan Kanada, yang mendakwa New Delhi terlibat dalam pembunuhan anggota pemisah berketurunan Sikh
di Vancouver.

Meskipun demikian, ia mengkecam dakwaan Ottawa.
Ketika lawatan ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), diplomat tertinggi India ditanya sama ada negara tersebut akan menyemak sebarang bukti dari Kanada.

New Delhi menyatakan ia akan menyemak maklumat dari mana-mana negara.

"Sekiranya berlaku sebarang insiden yang menjadi isu, dan seseorang yang mewakili pemerintah negaranya memberi saya maklumat tertentu, sudah tentu saya akan menyemaknya," kata Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar kepada Majlis Hubungan Luar.

Kanada menggesa India untuk bekerjasama dalam siasat, namun New Delhi menolak dakwaan tersebut dan sudah mengambil tindakan, seperti menutup perkhidmatan visa bagi rakyat Kanada.

"Kami sebenarnya sudah meminta Kanada untuk bertindak. Kami sudah memberi mereka jumlah maklumat yang banyak mengenai kepimpinan jenayah terancang yang beroperasi di luar Kanada," kata Encik Jaishankar, yang merujuk kepada kumpulan pemisah Sikh.

"Kami berdepan keadaan di mana para diplomat kami diancam, kedutaan kami diserang dan sering kali terdapat komen yang menjejas politik kami," tambahnya.

Kanada merupakan tempat tinggal kepada kira-kira 770,000 orang Sikh, atau dua peratus penduduk negara itu. Terdapat kumpulan yang menyuarakan sokongan untuk menubuhkan negara pemisah Khalistan.

Gerakan pemisah Sikh itu dihapuskan di India di mana pasukan keselamatan bertindak keras untuk menumpaskan pemberontakan pada 1980-an.
 
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan