Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India sebabkan 2 negara berjiran 'makin hampir kepada konflik besar': Kementerian Luar Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
India sebabkan 2 negara berjiran 'makin hampir kepada konflik besar': Kementerian Luar Pakistan

Pegawai kecemasan dikerahkan ke tempat kejadian di Muridke, sebuah bandar di wilayah Punjab, Pakistan pada 7 Mei 2025. (Gambar: AP/KM Chaudary)

Diterbitkan : 09 May 2025 09:55PM Dikemas Kini : 09 May 2025 10:00PM
ISLAMABAD: Seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar Pakistan pada Jumaat (9 Mei) berkata, India harus dipersalahkan kerana menyebabkan dua negara berjiran yang memiliki senjata nuklear semakin hampir kepada peperangan.

"Malang sekali tindakan berbahaya India menyebabkan dua negara yang memiliki senjata nuklear semakin hampir kepada konflik yang lebih besar," kata Shafqat Ali Khan dalam taklimat media di Islamabad.

"Sikap nasionalisme melampau dan histeria perang India harus mencetuskan kebimbangan serius kepada dunia."

Secara berasingan, lima orang awam terbunuh dalam bedilan India semalaman di Kashmir yang ditadbir Pakistan, menurut seorang pegawai pemerintah Pakistan pada Jumaat, beberapa hari selepas serangan balas membalas antara kedua negara jiran itu.

Kematian dilaporkan di kawasan-kawasan berdekatan sempadan di mana tentera bertempat, yang dipanggil Line of Control, yang mengasingkan daerah Kashmir antara India dengan Pakistan.

"Pasukan India membedil kawasan orang awam...menyebabkan kematian empat orang, termasuk kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan 12 yang lain cedera," pegawai polis Adeel Khan, yang berpangkalan di daerah Kotli, memberitahu AFP, sambil menambah bedilan itu berlarutan sepanjang malam.

"Sebagai respons, Tentera Pakistan melancarkan serangan balas hebat, menyasarkan tiga tapak India di kawasan Line of Control (LoC).

Di Muzaffarabad, ibu kota Kashmir yang ditadbir Pakistan, seorang pegawai kanan pemerintahyang meminta namanya tidak didedahkan, mengesahkan kematian di Kotli dan menambah orang kelima yang dibunuh di dareah Bagh.

Seorang pegawai keselamatan berpangkalan di Muzaffarabad, yang juga tidak ingin namanya didedahkan, memberitahu AFP: "Peluru mortar yang dilancarkan oleh pasukan India jatuh di sebah rumah orang awam di Bagh, menyebabkan kematian seorang anak muda lelaki manakala dua saudara perempuannya cedera.

Ketegangan yang memuncak antara kedua-dua negara itu menyusuli serangan ke atas para pelancong di Kashmir yang ditadbir India dan yang dipertikaikan. Insiden itu membunuh 26 orang pada 22 April dan mencetuskan serangan udara India ke atas "kem-kem pengganas" pada Rabu (8 Mei).

Pakistan menafikan dakwaan pemerintah India bahawa pihaknya menjadi dalang bagi serangan bulan lalu, sambil menggesa agar siasatan bebas dijalankan.

Pihak berkuasa Pakistan menekankan bahawa mereka berhak untuk bertindak balas terhadap serangan awal India.

Sumber-sumber tentera Pakistan menyatakan tenteranya sudah menembak jatuh 77 dron Indoa dalam tempoh dua hari lalu, sambil mendakwa dron itu adalah buatan Israel.

Semasa berucap melalui televisyen kepada negara pada Rabu, Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif memberi amaran bahawa pihaknya akan "membalas dendam bagi pihak" mereka yang terkorban dalam serangan-serangan udara India.
Sumber : AGENCIES/NK/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan