India sambut kelahiran empat anak cheetah lebih 70 tahun selepas diisytihar pupus
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Agencies)
NEW DELHI: India menyambut kelahiran empat anak cheetah, lebih 70 tahun selepas haiwan itu diisytiharkan pupus secara rasmi di negara tersebut.
Menteri Sekitaran India menyifatkan khabar tersebut sebagai satu 'peristiwa bersejarah'.
Perdana Menteri Narendra Modi juga menyambut baik "berita yang luar biasa" itu.
Kesemua anak cheetah itu dilahirkan seekor cheetah yang dibawa masuk dari Namibia pada September lalu.
India telah membawa masuk lapan ekor cheetah dari Namibia sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan semula haiwan liar itu ke negara tersebut.
Kesemua anak cheetah itu dalam keadaan baik.
Malah, lebih banyak cheetah mungkin akan dilahirkan memandangkan seekor lagi cheetah sedang bunting sekarang.
India telah lama berusaha untuk memperkenalkan semula haiwan itu sejak beberapa dekad yang lalu.
Sebanyak 12 lagi cheetah dibawa ke India dari Afrika Selatan pada bulan lalu.
Sebelumnya, cheetah Asiatik boleh ditemui di India, namun haiwan itu disahkan pupus pada 1952 selepas ia kehilangan tempat tinggal dan diburu kerana bulunya.

Sumber : AGENCIES/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.