Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India sambut Hari Republik ke-74

India pada Khamis merayakan ulang tahun ke 74 Hari Republik dengan perbarisan berwarna-warni memaparkan kerencaman budaya serta kekuatan tenteranya.

Anggaran Waktu Membaca:

NEW DELHI: India pada Khamis merayakan ulang tahun ke 74 Hari Republik dengan perbarisan berwarna-warni memaparkan kerencaman budaya serta kekuatan tenteranya.

Lebih 65,000 warga India turut hadir bagi menyaksikan perbarisan tersebut yang menandakan titik permulaan perlembagaan India serta peralihan kepada sebuah republik pada 1950.  

Perayaan tersebut dianjurkan di jalan raya utama Kartavya Path di ibu kota New Delhi.

Acara yang disiarkan secara langsung setiap tahun itu, ditonton jutaan penduduk India.

Tetamu Kehormat bagi sambutan kali ini ialah Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.

Buat kali pertama, satu kontinjen terdiri daripada 120 anggota tentera Mesir turut mengambil bahagian dalam perbarisan.

Menjelang Hari Republik, kawalan keselamatan di ibu kota India itu turut dipertingkat, dengan lebih 6,000 kakitangan keselamatan dikerahkan.

Sumber : Agensi berita/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan