Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India sahkan kematian pertama cacar monyet di Asia

Kematian di India itu korban keempat yang diketahui daripada penyakit cacar monyet bagi penularan sekarang ini.

Anggaran Waktu Membaca:
India sahkan kematian pertama cacar monyet di Asia

(Gambar: narvikk/iStock)

Diterbitkan : 02 Aug 2022 11:56AM Dikemas Kini : 02 Aug 2022 11:56AM
KOCHI, India: India mengesahkan kematian pertama cacar monyet pada Isnin (1 Ogos), melibatkan seorang lelaki muda di wilayah Kerala, selatan India yang juga merupakan kematian keempat yang diketahui daripada penyakit tersebut bagi penularan sekarang ini.

Minggu lalu, Sepanyol melaporkan dua kematian yang dikaitkan dengan cacar monyet, manakala kematian pertama dilaporkan di Brazil.

India juga insiden kematian pertama yang dilaporkan di Asia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan itu sebagai darurat kesihatan global pada 23 Jul.

Lelaki India berusia 22 tahun itu meninggal dunia pada Sabtu, kata menteri Kerala, sambil menambah pemerintah sudah mengasingkan 21 orang yang mempunyai kontak dengannya.

"Individu itu tiba di Kerala pada 21 Jul tetapi hanya pergi ke hospital pada 26 Jul apabila dia mengalami kelesuan dan demam," kata Menteri K Rajan, sambil menambah tiada sebab untuk berasa cemas kerana tiada kontak rapat menunjukkan sebarang gejala jangkitan.

Menteri Kesihatan Kerala, Veena George, memberitahu wartawan pada Ahad, keluarga lelaki itu memaklumkan pihak berkuasa pada hari sebelumnya dia diuji positif di Amiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum pulang ke India.

Kementerian Kesihatan Persekutuan India tidak mempunyai sebarang komen berhubung kematian itu, kecuali menyatakan pemerintah sudah menubuhkan sebuah pasukan bertindak yang terdiri daripada para pegawai kanan negara itu, dengan media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya lima jangkitan.

WHO menyatakan lewat bulan lalu sebanyak 78 negara sudah melaporkan lebih 18,000 kes cacar monyet, dengan sebahagian besarnya di Eropah.

Ia turut menyatakan virus cacar monyet menyebabkan penyakit dengan gejala lebih ringan berbanding cacar air dan berlaku sebahagian besarnya di bahagian tengah dan barat Afrika. Penyakit itu menular dari haiwan ke manusia.

Penularan dari manusia ke manusia berlaku menerusi kontak dengan cecair tubuh, ruam pada kulit atau permukaan mukus dalaman, seperti mulut atau tekak, titisan air pernafasan dan objek-objek yang tercemar.
Sumber : Reuters/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa