India, Rusia bincang soal keselamatan tenaga, dagangan minyak, arang batu melonjak
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Fail: Perdana Menteri India bersama Presiden Rusia pada 6 Disember 2021. (Gambar: AFP)
NEW DELHI: India dan negara-negara anggota lain dalam Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) akan membincangkan isu mengenai keselamatan tenaga kuasa pada mesyuarat keselamatan serantau di Uzbekistan, kata Setiausaha Luar India, Vinay Kwatra pada Khamis (14 Sep).
Sidang puncak dua hari di bandar Samarkand itu antara lain akan dihadiri Perdana Menteri Narendra Modi, Presiden China Xi Jinping, Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif.
Ia bertepatan dengan lonjakan mendadak dalam import minyak, arang batu dan baja Rusia di India, saluran dagangan penting bagi Mosko ketika negara itu berusaha mendapatkan pasaran baru selepas dikenakan sekatan Barat kerana menceroboh Ukraine.
"Apabila kami berbincang mengenai kerjasama ekonomi dalam konteks SCO, soalan mengenai keselamatan tenaga dan isu lain membentuk sebahagian daripada perbincangan itu," kata Encik Kwatra ditanya jika keselamatan tenaga dan pertukaran mata wang akan dibincangkan semasa lawatan Encik Modi.
Menurut Kremlin Encik Putin dan Encik Modi akan bertemu pada Jumaat (16 Sep) untuk berbincang mengenai perdagangan termasuk makanan serta penjualan baja Rusia.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.