Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India, Rusia bincang perjanjian dagangan bebas

Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: Sumber dan teknologi Rusia yang saling melengkapi boleh membawa sumbangan besar kepada pertumbuhan India, kata Menteri Hal Ehwal Luar India pada Isnin (17 Apr).

S. Jaishankar berkata demikian pada Dialog Perniagaan India-Rusia di New Delhi bersama Timbalan Perdana Menteri Rusia yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Denis Manturov, lapor Agensi Anadolu. 

“Kami telah mengadakan perbincangan untuk melaksanakan perjanjian perdagangan bebas antara India dan Kesatuan Ekonomi Eurasia namun terganggu akibat COVID (pandemik). Oleh itu saya berharap rakan-rakan kami akan mengambil maklum tentang perkara ini,” kata Encik Jaishankar.

Encik Manturov yang kini dalam lawatan dua hari ke India berkata bersama Suruhanjaya Ekonomi Eurasia bahawa beliau merancang untuk mempergiatkan rundingan dengan India bagi memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas.

“Selain itu, perjanjian Rusia-India mengenai galakan dan perlindungan bersama pelaburan sedang diusahakan. Kedua-dua sektor perniagaan Rusia dan India mahukan pilihan perdagangan dan mekanisme yang menjamin keselamatan pelaburan,” kata Encik Manturov dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Rusia di New Delhi.

“Kami telah melepasi sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion (S$40 bilion) sebelum tahun 2025, yang merupakan tahun sasaran yang diberikan oleh kepimpinan kami. Malah, untuk tempoh April 2022-Februari 2023, saya difahamkan bahawa perdagangan sebenar bernilai kira-kira AS$45 bilion (S$60 bilion) dan unjuran ini akan terus berkembang,” kata Encik Jaishankar.
Sumber : Bernama/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan