India pula catat kes pertama virus Wuhan
India pada Khamis (30 Jan) menyatakan bahawa seorang pesakit dari selatan Kerala diuji positif virus Wuhan. Ini merupakan kes pertama virus Wuhan di negara itu.

(Gambar: P Ravikumar/Reuters)
BENGALURU: India pada Khamis (30 Jan) menyatakan bahawa seorang pesakit dari selatan Kerala diuji positif virus Wuhan. Ini merupakan kes pertama virus Wuhan di negara itu.
Menurut pemerintah India dalam satu kenyataan, pesakit itu adalah seorang pelajar dari Universiti Wuhan di China. Pesakit itu berada dalam keadaan stabil dan dikuarantin di sebuah hospital, tambah kenyataan itu.
Seorang pegawai kanan pemerintah India berkata tindakan membawa pulang warga India dari Wuhan, bukanlah pilihan yang terbaik kerana terdapat risiko jangkitan.
Minggu ini, India sudah menyediakan sebuah pesawat untuk ke Wuhan tetapi sedang menunggu kebenaran pihak berkuasa China, yang sedang berusaha merancang proses pemindahan itu.
Tekanan yang kian meningkat daripada warganya, kebanyakan mereka pelajar dan ibu bapa masing-masing, memaksa pemerintah memastikan sebuah pesawat dalam keadaan bersedia.
"Hanya warga yang tidak dijangkiti virus itu akan dibawa pulang, mereka akan dikuarantin di sebuah kemudahan di luar Delhi," menurut pegawai rasmi itu, yang tidak ingin identitinya didedahkan.
Gesaan dari warga India meningkat setelah negara lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun mula membawa pulang warganya dari China.
Virus Wuhan, yang tercetus di bandar Wuhan di wilayah Hubei, sudah merebak ke hampir 20 negara termasuk Singapura, Thailand, Filipina, Amerika Syarikat dan Australia.
Di China, sekurang-kurangnya 170 orang maut akibat virus itu dengan lebih 7,700 orang dijangkiti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.