India pindahkan 100,000 penduduk akibat Taufan Nisarga
Sekitar 100,000 orang dipindahkan dari kawasan pantai barat wilayah Maharashtra dan Gujarat menjelang ketibaan taufan Nisarga.

(Gambar: Reuters)
MUMBAI: Sekitar 100,000 orang dipindahkan dari kawasan pantai barat wilayah Maharashtra dan Gujarat menjelang ketibaan taufan Nisarga.
Taufan dahsyat itu telah membadai kawasan pantai bandar Alibag petang Rabu (3 Jun).
Alibag terletak sekitar 100 kilometer dari bandar Mumbai yang mempunyai lebih 20 juta penduduk.
Sekiranya taufan sekencang 100 kilometer sejam itu turut membadai Mumbai, ia dipercayai adalah yang pertama dialami pusat kewangan India itu sejak tahun 1948.
Para pegawai tempatan percaya sekiranya hal tersebut terjadi, Nisarga akan menyebabkan kerosakan harta-benda besar-besaran di Mumbai.
Nisarga merupakan taufan kedua melanda India dalam masa kurang dua minggu.
Sebelum ini Taufan Amphan membadai wilayah Benggala Barat, meragut nyawa hampir 100 orang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.