India, Pakistan saling tuduh gagal kawal senjata nuklear masing-masing
Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk tonton pengawal tentera India semasa perarakan tiga-warna Tiranga Yatra di Srinagar pada 15 Mei 2025. (Gambar: AP/Mukhtar Khan)
SRINAGAR: India dan Pakistan saling menuduh satu sama lain pada Khamis (15 Mei) atas kegagalan untuk mengawal senjata nuklear masing-masing.
Kedua-dua negara itu juga menyeru dunia supaya memantau senjata negara jiran masing-masing hanya beberapa hari selepas konfrontasi ketenteraan paling serius antara kedua-dua negara dalam tempoh dua dekad.
Menteri Pertahanan India, Rajnath Singh, berkata bahawa senjata nuklear Pakistan seharusnya berada di bawah pengawasan agensi tenaga atom Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), manakala Islamabad pula menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa perlu menyiasat "pasaran gelap" di India.
Konflik terbaharu antara India dan Pakistan mencetuskan kebimbangan global bahawa ia boleh menjadi peperangan besar sebelum gencatan senjata dikuatkuasakan pada Sabtu.
"Saya ingin mengemukakan persoalan ini kepada dunia: adakah senjata nuklear selamat di tangan sebuah negara yang tidak bertanggungjawab dan tidak beretika?" tanya Encik Rajnath kepada anggota tentera di sebuah pangkalan di Kashmir yang ditadbir India.
"Saya percaya bahawa senjata nuklear Pakistan harus diletakkan di bawah pengawasan IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa)," tambah beliau.
Beberapa jam kemudian, Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar, berkata IAEA sebaliknya perlu menyiasat "kejadian kecurian dan pengedaran haram yang berulang melibatkan bahan nuklear dan radioaktif di India".
"Kejadian-kejadian ini juga menunjukkan kewujudan pasaran gelap bagi bahan sensitif yang mempunyai penggunaan berganda di dalam India," tambah beliau.
Namun pada Khamis, Encik Ishaq Dar mengumumkan bahawa telah berlaku "komunikasi antara tentera dengan tentera" dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk melanjutkan gencatan senjata sehingga hari Ahad.

Sumber : CNA/IM/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.