India mengundi dalam fasa keempat pilihan raya negara, tonjolkan isu kaum dan agama
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
SRINAGAR: Fasa keempat Pilihan Raya Umum India berlangsung pada Isnin (13 Mei).
Ia melibatkan 177 juta pengundi di 10 wilayah yang perlu memilih 96 anggota parlimen.
Sebahagian besar anggota parlimen itu mewakili pengundi dari wilayah-wilayah Telangana, Andhra Pradesh dan Odisha.
Tiga wilayah di selatan dan timur itu bukan kubu kuat Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi.
Jumlah pengundi yang membuat pilihan mereka akan dipantau dengan teliti.
Dalam tiga fasa sebelum ini, kadar pengundi yang ke pusat-pusat mengundi adalah rendah.
Sekiranya keadaan seperti itu berterusan hingga fasa ke tujuh yang terakhir, ia mungkin menjejas peluang BJP dan parti-parti sekutunya untuk mencapai kemenangan besar.
Para penganalisis berkata kemungkinan itu telah mendorong PM Modi mengubah strategi kempennya.
Beliau kini lebih menonjolkan isu kaum dan agama berbanding pencapaian ekonomi pemerintahnya.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.