Skip to main content

Dunia

India larang eksport gula mulai 1 Jun

Anggaran Waktu Membaca:
India larang eksport gula mulai 1 Jun

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 May 2022 04:25PM
INDIA: India kini menghadkan eksport gula, iaitu buat julung-julung kalinya dalam tempoh enam tahun.

Pengharaman eksport itu juga akan bermula pada 1 Jun depan.

Ia melibatkan sepuluh juta tan gula bagi musim tuaian kali ini yang berakhir September depan.

Ia juga bertujuan mengawal harga gula tempatan dan memastikan bekalan yang mantap di pasaran domestik.

India merupakan pengeksport gula kedua terbesar selepas Brazil.

Para pelanggan utamanya termasuk Bangladesh, Indonesia, Malaysia dan Dubai.

Kilang-kilang gula India sudahpun memeterai kontrak untuk mengeksport lebih 9 juta tan gula dengan lebih 8 juta tan telahpun dikirimkan.
Sumber : Agensi berita/ZM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita