Skip to main content

Dunia

India lancar serangan udara; Islamabad tolak dakwaan kubu militan diserang

India menyatakan pesawat perang negara itu membunuh "sebahagian besar" anggota militan apabila ia melancarkan serangan udara ke atas sebuah kem latihan militan di wilayah Pakistan pada Selasa (26 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
India lancar serangan udara; Islamabad tolak dakwaan kubu militan diserang

India menyatakan serangan ke atas kawasan gencatan senjata di Kashmir terpaksa dilakukan bagi melindungi negara tersebut. (Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 27 Feb 2019 07:13AM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 07:16AM

NEW DELHI: India menyatakan pesawat perang negara itu membunuh "sebahagian besar" anggota militan apabila ia melancarkan serangan udara ke atas sebuah kem latihan militan di wilayah Pakistan pada Selasa (26 Feb).

Serangan itu sekaligus meningkatkan risiko berlakunya konflik antara kedua-dua negara yang bersenjata nuklear itu, meskipun para pegawai Pakistan menolak dakwaan sebarang kematian akibat serangan tersebut.

Pakistan pula berikrar akan bertindak balas selepas India menyatakan pesawat-pesawat perang negara itu melancarkan serangan udara tersebut.

India menyatakan bahawa serangan ke atas kawasan gencatan senjata di Kashmir itu terpaksa dilakukan bagi melindungi negara tersebut.

Serangan-serangan udara itu, menurut India, disasarkan terhadap sebuah kem militan di Balakot. Kem berkenaan dimiliki oleh sebuah kumpulan militan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan nekad yang dilancarkan di Kashmir pada awal bulan ini.

India menyatakan bahawa sebahagian besar anggota militan Jaish-e-Mohammad terbunuh dalam serangan tersebut. Pakistan bagaimanapun menolak dakwaan mengenai sebarang kematian akibat serangan itu.

Menteri Luar Pakistan berkata serangan berkenaan bermotif politik dan Islamabad berikrar akan bertindak balas.

Menteri Luar India bagaimanapun menolak dakwaan negara itu sedang cuba untuk meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara menyusuli insiden terbaru itu.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita