India lancar kit ujian cacar monyet
India pada Jumaat (19 Ogos) melancarkan kit ujian RT-PCR buatan tempatan yang pertama bagi mengesan jangkitan cacar monyet, lapor agensi berita Xinhua, memetik akhbar The Times of India.

Partikel cacar monyet. (Gambar: NIAID melalui AP)
Kit ujian itu dibangunkan oleh Transasia Bio-Medicals Ltd dan dilancarkan di Zon Medtech di Andhra Pradesh.
Menurut laporan, kit ujian tersebut dapat membantu memudahkan proses saringan dan menghasilkan hasil ujian yang lebih tepat.
Pengerusi Pengasas Transasia Bio-Medicals Suresh Vazirani berkata kit itu juga dapat membantu pengurusan jangkitan dan pengesanan awal dilaksanakan dengan lebih baik.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat kesihatan awam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.