Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India laksana perintah berkurung di Kashmir menjelang setahun kuasa autonomi dilucutkan

Perintah berkurung diisytiharkan di seluruh Kashmir pada Isnin (3 Ogos) hanya dua hari menjelang genap setahun India melucutkan status separa autonomi wilayah yang bergolak itu.

Anggaran Waktu Membaca:
India laksana perintah berkurung di Kashmir menjelang setahun kuasa autonomi dilucutkan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 04 Aug 2020 02:04PM Dikemas Kini : 04 Aug 2020 02:08PM

SRINAGAR: Perintah berkurung diisytiharkan di seluruh Kashmir pada Isnin (3 Ogos) hanya dua hari menjelang genap setahun India melucutkan status separa autonomi wilayah yang bergolak itu.

"Sekatan-sekatan ini akan dikuat kuasa serta merta dan akan kekal dikuat kuasakan pada 4 dan 5 Ogos," menurut arahan pemerintah yang dikeluarkan bagi bandar utama Srinagar.

"Perintah berkurung akan dikuat kuasakan sepenuhnya di semua daerah Kashmir," kata seorang pegawai polis kanan kepada AFP.

"Perintah berkurung sepenuhnya" bermakna orang ramai hanya boleh keluar rumah dengan pas rasmi yang biasanya dikhususkan untuk perkhidmatan penting seperti polis dan karyawan perubatan.

Kawasan Himalaya itu sudahpun berada di bawah sekatan untuk mengawal penularan COVID-19 sedang jumlah kes jangkitan melonjak dengan kebanyakan kegiatan ekonomi dihadkan dan pergerakan orang awam disekat.

Arahan itu menetapkan bahawa sekatan pergerakan berasingan bagi mengawal pandemik COVID-19 akan dilanjutkan sehingga 8 Ogos.

Kenderaan polis yang dipasang dengan alat pembesar suara melakukan rondaan di Srinagar selepas tengah malam, dengan para pegawai mengarahkan penduduk supaya kekal berada dalam rumah untuk dua hari akan datang.

Pihak berkuasa mengetatkan sekatan di seluruh Kashmir sejak hujung minggu bermula 1 Ogos.

Kashmir terlibat dalam pemberontakan bersenjata selama tiga dekad terhadap pemerintahan India, dengan puluhan ribu nyawa, kebanyakannya orang awam terkorban dalam konflik itu.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan