India kesan jangkitan mpox pada pelawat dari negara terjejas
Anggaran Waktu Membaca:
DELHI: India telah merekodkan kes yang disyaki adalah jangkitan mpox yang dikesan pada seorang lelaki yang baru-baru ini melakukan perjalanan dari negara yang mengalami wabak virus itu, dedah Kementerian Kesihatan India pada Ahad (8 Sep).
Pesakit itu sudah diasingkan di hospital dan berada dalam keadaan stabil, dedah kementerian itu selanjutnya.
Kementerian itu bagaimanapun tidak menyatakan jenis virus mpox yang mungkin dihidapi pesakit, tetapi ujian sedang dijalankan untuk mengesahkan jangkitannya.
Mpox boleh merebak melalui kontak rapat. Biasanya ringan, ia boleh membawa maut bagi sesetengah kes yang jarang berlaku. Ia menyebabkan simptom seperti selesema dan nanah pada badan.
"Kes ini diuruskan selaras dengan protokol yang ditetapkan, dan pengesanan kontak sedang dijalankan untuk mengenal pasti sumber yang berpotensi terjangkit dan menilai kesannya dalam negeri," kata kementerian itu.
Bulan lalu, akhbar harian The Hindu melaporkan bahawa India sudah berjaga-jaga sejak varian baharu virus tersebut menular di Afrika.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan masyarakat antarabangsa selepas varian baharu itu dikenal pasti.
India mengesan 30 kes varian yang lebih tua, yang dikenali sebagai klad 2, antara 2022 dan Mac 2024.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.