Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India haramkan eksport beras bukan jenis basmati untuk redakan kenaikan harga bekalan tempatan

Anggaran Waktu Membaca:
NEW DELHI: India mengharamkan eksport beras putih bukan jenis basmati keluaran negara itu, berkuat kuasa serta-merta.

Demikian menurut sebuah notis pemerintah yang dikeluarkan pada Khamis (21 Jul).

Bagaimanapun beras yang direbus dengan sekamnya separuh masak, dikecualikan.

Larangan eksport itu dilaksanakan bagi memastikan terdapat cukup bekalan beras putih bukan basmati di India dan meredakan kenaikan harganya.

Hujan lebat berlarutan di negara tersebut sehingga pertengahan Jun akibat monsun yang lewat melanda India sekali gus menjejas penghasilan beras dan kemusnahan kepada hasil tanaman.

Kementerian makanan India mengatakan harga runcit beras di negara itu naik 11.5 peratus dalam masa 12 bulan lalu.

India adalah pengeksport terbesar beras dunia, sebanyak kira-kira 40 peratus.
Sumber : Reuters/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan