India gantung sementara eksport vaksin sedang kes baru COVID-19 melonjak
India pada Khamis (25 Mac) melaporkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam untuk tahun ini, ketika laporan menyebut negara ini menghentikan sementara eksport vaksin.

(Gambar: AFP)
NEW DELHI: India pada Khamis (25 Mac) melaporkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam untuk tahun ini, ketika laporan menyebut negara ini menghentikan sementara eksport vaksin.
Menurut data terkini Kementerian Kesihatan, India mencatatkan 53,476 jangkitan baru, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 11.8 juta.
India negara ketiga paling teruk terjejas di dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil.
Negeri Maharashtra, Punjab, Kerala, Karnataka, Chhattisgarh dan Gujarat menyumbang 80 peratus daripada kes baru.
Maharashtra, melaporkan kes baru harian tertinggi iaitu sebanyak 31,855, dan merupakan wilayah paling teruk diancam wabak COVID-19.
Lebih 200 sampel dari Maharashtra dan New Delhi dikesan mempunyai varian baharu virus COVID-19.
Bagaimanapun, ahli epidemiologi menyatakan tiada bukti untuk mengaitkan varian baru itu dengan lonjakan kes.
Menerusi kempen vaksinasi lebih 53 juta dos vaksin telah disuntik dalam masa 68 hari.
Media tempatan melaporkan, India menghentikan sementara eksport vaksin COVID-19 Oxford-AstraZeneca, dihasilkan Institut Serum India (SII) untuk menampung keperluan dalam negara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.