Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India dan Pakistan setuju laksana gencatan senjata

Anggaran Waktu Membaca:
India dan Pakistan setuju laksana gencatan senjata

Setiausaha Luar India Vikram Misri menyampaikan taklimat media di New Delhi, India pada 10 Mei 2025. (Gambar: AP/Karma Bhutia)

Diterbitkan : 10 May 2025 10:02PM Dikemas Kini : 10 May 2025 10:13PM

KARACHI: Gencatan senjata sudah dipersetujui antara India dan Pakistan pada Sabtu (10 Mei).

"India dan Pakistan hari ini mencapai persefahaman berhubung penggantungan kegiatan tembak-menembak dan tindakan tentera, tulis Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar di aplikasi X.

"India secara konsisten mengekalkan pendirian tegas dan tanpa kompromi terhadap keganasan dalam semua bentuk dan manifestasinya. Ia akan terus berbuat demikian."

Kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata "sepenuhnya" dan "bukan separa", kata Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar kepada para wartawan berita Geo pada Sabtu, sambil menambah bahawa 36 negara terlibat dalam diplomasi yang menjamin perjanjian tersebut.

Dalam catatan di X pada Sabtu, Dar, yang juga timbalan perdana menteri Pakistan, menulis: "Pakistan dan India bersetuju untuk (melaksanakan) gencatan senjata berkuat kuasa serta-merta. Pakistan sentiasa berusaha untuk (capai) keamanan dan keselamatan di rantau ini, tanpa menjejas kedaulatan dan kewibawaan wilayahnya!"

Awal dari itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengesahkan perjanjian "gencatan senjata penuh dan segera", sedang kedua-dua negara saling berbalas serangan terhadap markas tentera masing-masing.

"Menyusuli rundingan sepanjang malam yang mana Amerika bertindak sebagai pengantara, saya berbesar hati untuk umumkan bahawa India dan Pakistan sudah bersetuju untuk laksana gencatan senjata PENUH dengan SEGERA. Tahniah kepada kedua-dua Negara kerana menggunakan Akal Fikiran dan Kebijaksanaan," katanya dalam catatan di Truth Social.

Pengumuman itu dibuat di tengah-tengah kebimbangan tentang kemungkinan senjata nuklear digunakan sedang tentera Pakistan menyatakan sebuah badan tentera dan awam tertinggi yang bertanggungjawab ke atas senjata nuklearnya akan berhimpun.

Namun, menteri pertahanan Pakistan kemudian mendedahkan tiada mesyuarat seumpama itu dijadualkan.

Pada masa yang sama, para pegawai daripada kedua-dua belah pihak menunjukkan sikap terbuka untuk berundur susuli rundingan berkenaan, sedang jumlah orang awam yang terbunuh di kedua-dua belah sempadan meningkat kepada 66 orang.

Sumber : Reuters/dy/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan