India dakwa markas tenteranya diserang dron dan peluru berpandu Pakistan
Anggaran Waktu Membaca:

Bekalan elektrik bagi bandar Jammu terputus berikutan serangan dan letupan pada 8 Mei 2025. (Foto: AP)
JAMMU: Letupan kedengaran di seluruh bandar Jammu di India lewat Khamis (8 Mei) semasa apa yang dikatakan oleh pemerintah India adalah serangan dron dan peluru berpandu dari Pakistan ke atas markas tenteranya di sekitar wilayah Kashmir pada hari kedua pertempuran antara kedua-dua negara jiran yang bersenjata nuklear itu.
Semboyan dibunyikan dengan Jammu dibedil selama kira-kira 2-1/2 jam, menurut seorang wartawan Reuters, yang menyifatkannya sebagai satu peningkatan dalam konfrontasi terburuk antara kedua-dua negara itu dalam tempoh lebih dua dekad.
Pertempuran selama dua hari telah meragut nyawa hampir 48 orang.
"Markas tentera di Jammu, Pathankot dan Udhampur menjadi sasaran dron dan peluru berpandu Pakistan di sepanjang sempadan antarabangsa di Jammu dan Kashmir hari ini," dedah Kementerian Pertahanan India di laman X, sambil merujuk kepada kawasan-kawasan berhampiran dan sekitar wilayah Jammu dan Kashmir.
Saluran-saluran televisyen di India juga menunjukkan suar di ruang udara bandar Jaisalmer di wilayah Rajasthan, yang berkongsi sempadan dengan Sindh di selatan Pakistan.
Dalam kenyataannya, Islamabad menafikan ia menyerang Pathankot di wilayah Punjab di India, Srinagar di Lembah Kashmir dan Jaisalmer dan sebaliknya berkata bahawa tuduhan itu "sama sekali tidak berasas, bermotifkan politik, dan sebahagian daripada kempen propaganda India yang bertujuan untuk memburuk-burukkan Pakistan".
Kementerian Ehwal Luar Pakistan menyatakan bahawa negara itu akan bertindak balas terhadap sebarang serangan "dengan penuh tekad dan keazaman untuk mempertahankan kedaulatan dan integriti wilayah Pakistan".
Bekalan elektrik di Jammu secara perlahan-lahan dipulihkan selepas bekalan elektrik terputus semasa serangan itu, kata seorang wartawan Reuters.
Lapan peluru berpandu, yang dilepaskan dari Pakistan ke arah bandar Jammu Satwari, Samba, Ranbir Singh Pura dan Arnia, telah dipintas oleh unit pertahanan udara, tambah sumber tentera India yang tidak mahu namanya didedahkan.
Serangan-serangan itu adalah sebahagian daripada serangan Pakistan yang lebih luas, dakwa sumber itu.
Menteri Pertahanan Pakistan Khawaja Muhammad Asif sebelum ini berkata bahawa tindakan balas selanjutnya "semakin pasti" selepas kedua-dua negara menuduh satu sama lain melancarkan serangan dron.

Sumber : Reuters/fh/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.