Skip to main content

Dunia

India, China sepakat tidak kerah lebih ramai tentera ke sempadan

India dan China sepakat untuk tidak menghantar lebih ramai anggota tentera sebagai usaha mengendurkan ketegangan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.

Anggaran Waktu Membaca:
India, China sepakat tidak kerah lebih ramai tentera ke sempadan

Gambar fail anggota tentera India berkawal di sempadan dengan China di Arunachal Pradesh pada 21 Okt 2012. (Gambar: AFP/Biju Boro)

Diterbitkan : 23 Sep 2020 11:08AM Dikemas Kini : 23 Sep 2020 11:15AM

NEW DELHI: India dan China sepakat untuk tidak menghantar lebih ramai anggota tentera sebagai usaha mengendurkan ketegangan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.

Awal dari itu, kedua-dua pihak pada Isnin (21 Sep) mengadakan pertemuan peringkat komander tentera untuk membincangan kaedah bagi meredakan ketegangan di sepanjang Garis Kawalan Sebenar (LAC). 

Kedua-dua negara turut bersetuju "memperkukuh hubungan untuk mengatasi prasangka dan salah faham, berhenti menghantar lebih banyak pasukan tentera di barisan hadapan serta mengelak mengambil tindakan secara sepihak," menurut Kementerian Luar India dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pertikaian sempadan di wilayah Ladakh memuncak selepas pertempuran pada 15 Jun menyaksikan sekurang-kurangnya 20 askar India terbunuh dan puluhan lagi cedera.

Berikutan itu, kedua-dua pihak mengerahkan ribuan pasukan di kawasan sempadan berkenaan sehingga menimbulkan risiko konflik baru.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita