India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam susuli gencatan senjata dengan Pakistan

Penumpang menunggu di luar Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah setelah semua penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan di Karachi pada 7 Mei 2025. (Gambar: Asif HASSAN/AFP)
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu (10 Mei).
Dalam satu kenyataan pada Isnin, Penguasa Lapangan Terbang India (AAI) memaklumkan bahawa 32 lapangan terbang yang ditutup kepada pesawat awam sehingga pukul 5.29 pagi waktu tempatan 15 Mei kini dibuka semula serta-merta.
Penutupan lapangan terbang di wilayah utara dan barat negara itu diumumkan selepas konflik ketenteraan tercetus antara India dan Pakistan minggu lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.