Skip to main content

Dunia

India buka semula 32 lapangan terbang selepas capai gencatan senjata dengan Pakistan

Pihak berkuasa India mengumumkan pembukaan semula 32 lapangan terbang pada Isnin (12 Mei), yang sebelum ini ditutup kepada operasi penerbangan awam menyusuli sekatan ruang udara ekoran ketegangan memuncak dengan Pakistan, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
India buka semula 32 lapangan terbang selepas capai gencatan senjata dengan Pakistan

Pegawai keselamatan India memeriksa kenderaan penumpang di luar lapangan terbang di Srinagar, menyusuli serangan militan di Pahalgam, di selatan Kashmir pada 23 April 2025. (Gambar: Reuters/Sanna Irshad Mattoo/Gambar fail)

Diterbitkan : 13 May 2025 08:59AM Dikemas Kini : 13 May 2025 09:03AM
NEW DELHI: Pihak berkuasa India mengumumkan pembukaan semula 32 lapangan terbang pada Isnin (12 Mei), yang sebelum ini ditutup kepada operasi penerbangan awam menyusuli sekatan ruang udara ekoran ketegangan memuncak dengan Pakistan, lapor Xinhua.

Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Penguasa Lapangan Terbang India (AAI) memaklumkan bahawa 32 lapangan terbang yang ditutup kepada pesawat awam sehingga pukul 5.29 pagi waktu tempatan pada 15 Mei kini dibuka semula dengan serta-merta.

Penutupan lapangan terbang di wilayah utara dan barat India diumumkan selepas konflik ketenteraan tercetus antara India dan Pakistan minggu lalu.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita