Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India bakal atasi China sebagai negara paling ramai penduduk pada 2023

Anggaran Waktu Membaca:

NEW DELHI: India dijangka mengatasi China sebagai negara paling ramai penduduk di dunia pada 2023 dengan masing-masing negara catat jumlah lebih 1.4 bilion penduduk tahun ini, lapor Astro AWANI, memetik Reuters.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin (11 Jul), ia turut memberi amaran bahawa kesuburan yang tinggi akan mencabar pertumbuhan ekonomi.

Jumlah penduduk dunia, dianggarkan mencecah 8 bilion menjelang 15 November tahun ini, boleh meningkat kepada 8.5 bilion pada 2030, dan 10.4 bilion pada 2100, disebabkan kadar kematian yang semakin perlahan, menurut laporan yang dikeluarkan sempena Hari Penduduk Sedunia.

Menurut bancian domestik yang dijalankan setiap satu dekad, penduduk India pada 2011 adalah 1.21 bilion.

Namun pada 2021, bancian tidak dapat dijalankan susulan pandemik COVID-19. 

PBB menyatakan lebih separuh daripada unjuran peningkatan penduduk sejagat sehingga 2050 akan tertumpu di lapan negara - Congo, Mesir, Habsyah, India, Nigeria, Pakistan, Filipina dan Republik Bersatu Tanzania.

Negara-negara sub-Sahara Afrika dijangka menyumbang lebih separuh daripada peningkatan yang dijangkakan menjelang 2050.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan