Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

India akan usir separuh kakitangan kedutaan Pakistan atas tuduhan mengintip

India pada Selasa (23 Jun) menyatakan ia bercadang untuk mengusir separuh kakitangan kedutaan Pakistan di New Delhi atas tuduhan berlakunya pengintipan oleh pegawai di situ.

Anggaran Waktu Membaca:
India akan usir separuh kakitangan kedutaan Pakistan atas tuduhan mengintip

Pintu utama Suruhanjaya Tinggi Pakistan di New Delhi. (Gambar: AFP/Sajjad HUSSAIN)

Diterbitkan : 23 Jun 2020 10:53PM Dikemas Kini : 23 Jun 2020 11:02PM

NEW DELHI: India pada Selasa (23 Jun) menyatakan ia bercadang untuk mengusir separuh kakitangan kedutaan Pakistan di New Delhi atas tuduhan berlakunya pengintipan oleh pegawai di situ.

"Mereka terlibat dalam kerja-kerja pengintipan dan terus berurusan dengan badan-badan pengganas," menurut kementerian luar India dalam satu kenyataan.

India juga akan mengurangkan kakitangan di kedutaannya di Islamabad dengan jumlah yang sama, tambah kenyataan itu.

Seorang jurucakap di kedutaan Pakistan di New Delhi tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas perkara itu.

India pada 31 Mei mengusir dua diplomat Pakistan setelah mereka sebelum itu ditahan atas tuduhan merisik, suatu dakwaan yang disifatkan Islamabad sebagai "tidak berasas".

Hubungan antara dua negara seteru yang berkuasa nuklear itu sejak sekian lama tegang, dan langkah saling memecat diplomat, seringkalinya atas tuduhan mengintip, adalah perkara biasa.

Kedua-dua negara tidak mempunyai duta tetap di negara masing-masing. Bulan lalu, kedua-dua pihak menuduh satu sama lain sebagai menahan secara haram dan menyeksa diplomat.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan