Indeks Mutu Udara Bangkok cecah paras merbahaya
Ibu kota Thailand, Bangkok terus diselimuti jerebu asap dengan Indeks Mutu Udara hari ini (16 Jan) melebihi 150 iaitu di paras merbahaya.
THAILAND: Ibu kota Thailand, Bangkok terus diselimuti jerebu asap dengan Indeks Mutu Udara hari ini (16 Jan) melebihi 150 iaitu di paras merbahaya.
Pihak berkuasa Thailand mula menggunakan teknik pembenihan awan untuk menghasilkan hujan yang diharap dapat mengurangkan pencemaran udara.
Pihak berkuasa juga membahagikan pelitup kepada warga kota bagi meringankan kesannya ke atas kesihatan.
Selain pembenihan awan pihak berkuasa juga menyembur air dari udara untuk membersihkan mutu udara.
Bagaimanapun para penduduk Bangkok masih ragu-ragu terhadap strategi kerajaan itu.
Mereka berpendapat punca sebenar pencemaran udara adalah dari enjin kereta dan pembakaran secara terbuka.
Bangkok sudah disenaraikan sebagai salah sebuah bandaraya paling tercemar di dunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.