Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Indeks jenayah Johor turun 13.68%

Anggaran Waktu Membaca:
Indeks jenayah Johor turun 13.68%

Lambang Polis Diraja Malaysia. (Gambar: Saeed Khan/AFP)

JOHOR BAHRU: Indeks jenayah di Johor mencatatkan penurunan sebanyak 13.68 peratus atau 42 kes dari Januari hingga Jun tahun ini iaitu 265 kes berbanding 307 kes bagi tempoh yang sama setahun lalu.

Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Zamri Yahya berkata kejayaan itu membuktikan bahawa usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah penurunan kadar jenayah tercapai.

“Daripada jumlah (265 kes) tersebut, sebanyak 130 kes juga telah berjaya diselesaikan,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Balai Polis Tampoi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara hari ini (28 Jul).

Turut hadir, Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat.

Encik Zamri turut meminta semua pihak terutama orang awam supaya bersama-sama memainkan peranan membantu pihak polis menjaga keamanan dan ketenteraman awam.

Beliau berkata ini kerana usaha mencegah jenayah perlu dilakukan dengan kerjasama semua pihak dan tidak hanya diletakkan di bahu pihak polis semata-mata.

“Masyarakat setempat, jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, jawatankuasa kerja kampung dan persatuan penduduk memainkan peranan masing-masing dalam mencegah jenayah.

“Polis amat mengalu-alukan semua pihak untuk bekerjasama dalam menganjurkan aktiviti cegah jenayah bersama, sekali gus memupuk kesedaran ancaman jenayah kepada masyarakat,” katanya.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan