Imran Khan PM Pakistan baru, angkat sumpah esok
Khan yang memenangi pilihan raya baru-baru ini, menjadi pilihan mengisi jawatan berkenaan.
Encik Imran Khan. (Gambar: AFP/Rizwan Tabassum)
ISLAMABAD: Anggota Parlimen Pakistan sebulat suara mengundi untuk memilih bekas pemain kriket legenda Imran Khan sebagai Perdana Menteri baru negara itu hari ini (17 Ogos).
Encik Khan yang memenangi pilihan raya baru-baru ini, menjadi pilihan mengisi jawatan berkenaan.
“Imran meraih 176 undian darpada 342 anggota parlimen,” menurut speaker Dewan Negara, Asad Qaiser selepas proses pengundian itu.
Encik Khan akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru esok.
Beliau mengalahkan satu-satunya pencabarnya, Shahbaz Sharif, pemimpin Parti Liga Muslim Pakistan-N (PML-N) yang memperoleh 96 undi.
Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) pimpinan Khan menang pilihan raya umum Pakistan pada 25 Julai namun masih memerlukan sokongan parti-parti lebih kecil dan calon bebas kerana tidak mempunyai cukup kerusi di parlimen untuk membentuk pemerintah majoriti.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.