Imran Khan dinamakan secara rasmi bersubahat bunuh peguam
Anggaran Waktu Membaca:

Bekas Perdana Menteri Pakistan Imran Khan tiba di Mahkamah Tinggi di Islamabad pada 12 Mei 2023. (Gambar: Aamir Qureshi/AFP)
KARACHI: Polis Pakistan secara rasmi menamakan mantan Perdana Menteri Imran Khan sebagai rakan subahat dalam satu kes pembunuhan.
Kes itu melibatkan pembunuhan seorang peguam oleh seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali.
Mangsa dilaporkan menuntut prosiding menghasut terhadap Encik Imran Khan, lapor Astro Awani.
Polis mendaftarkan kes "bersubahat untuk membunuh" terhadap Encik Imran Khan, 70 tahun.
Beliau ketika ini berdepan puluhan pertuduhan sejak penyingkirannya menerusi undi percaya Parlimen pada April tahun lalu.
Beliau mempertahankan kes pendakwaan tersebut sebagai bermotif politik.
Encik Imran Khan menafikan dakwaan itu dan memaklumkan akan hadir di mahkamah pada Khamis untuk mendapatkan jaminan bagi 16 kes lain.
Jurucakap pemerintah wilayah, Babar Khan berkata mantan perdana menteri itu boleh menghadapi pertuduhan rasmi apabila kes pembunuhan itu dibicarakan, seperti dipetik laporan Astro Awani.
Peguam yang dibunuh, Abdur Razaq, telah memfailkan petisyen mahkamah menuntut prosiding hasutan terhadap Encik Imran Khan kerana membubarkan pemerintahnya selepas usul undi tidak percaya.
Encik Razaq dalam perjalanan ke mahkamah apabila seorang lelaki bersenjata yang menaiki motosikal menembak dan membunuhnya.
Menurut laporan polis difailkan oleh anak lelaki Razaq, Siraj Ahmad, bapanya dibunuh oleh lelaki tidak dikenali yang bersubahat dengan mantan perdana menteri itu.

Sumber : Agensi berita/AW/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.