Imigresen perketat sempadan, sekat suspek bunuh tiga beranak larikan diri
Jabatan Imigresen memperketatkan pemeriksaan di pintu sempadan negara bagi membantu polis menyekat suspek dalam kes pembunuhan tiga sekeluarga di Kota Bahru, Rabu lalu (15 Nov), bolos ke luar negara.
Datuk Seri Mustafar Ali. (Gambar: Jabatan Imigresen Malaysia/Facebook)
KOTA BHARU: Jabatan Imigresen memperketatkan pemeriksaan di pintu sempadan negara bagi membantu polis menyekat suspek dalam kes pembunuhan tiga sekeluarga di Kota Bahru, Rabu lalu (15 Nov), bolos ke luar negara, menurut laporan Astro Awani.
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya sudah mendapatkan maklumat terperinci berkaitan suspek yang kini sedang diburu polis bagi membantu sisatan kes itu.
"Dalam soal jenayah, kita sentiasa bekerjasama dengan polis, dan sentiasa kita perketatkan pintu masuk, dan kita sudah dapat perincian bagi memastikan tiada pembolosan berlaku di sempadan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Futsal Jasa Perwira Piala Ketua Pengarah Imigresen 2017 hari ini (18 Nov).
Datuk Seri Mustafar berkata, kawalan sempadan akan dipertingkatkan sekiranya berlaku apa jua kes, sama ada di Malaysia ataupun Singapura, melalui kerjasama dua pihak yang terjalin sekian lama.
Laporan Astro Awani menyatakan bahawa dalam kejadian Rabu lalu, mangsa Kha Eng Ni, 42, isterinya, Chua Joo Seok, 43, dan anak lelaki mereka, Kha Zee Hanz, 13, dibunuh di sebuah rumah yang dijadikan tempat simpanan barangan perkakas rumah di Taman Bahagia, Wakaf Mek Zainab.
Polis kini sedang mencari seorang lelaki yang bekerja dengan mangsa yang dikenali sebagai Sharat a/l Eh Wang@Pot, 31, bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu menurut laporan Astro Awani itu lagi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.