Imigresen Malaysia siasat kes wanita SG ditahan 6 hari di Johor
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Pengarah Imigresen Ruslin Jusoh. (Gambar fail: Bernama)
PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang wanita Singapura selama enam hari oleh agensi itu di Johor pada bulan lalu.
Ketua Pengarah Imigresen, Ruslin Jusoh, berkata beliau sudah menerima laporan mengenai kejadian membabitkan wanita itu yang didakwa tidak mematuhi peraturan serta prosedur untuk warga asing memasuki negara tersebut.
"Saya sudah meminta siasatan dimulakan pada Jumaat lalu, dan timbalan saya akan memantau siasatan terbabit.
"Siasatan dimulakan untuk mengenal pasti apa yang sebenarnya berlaku di situ," katanya di sidang media di Ibu Pejabat Imigresen, pada Isnin (9 Sep), dipetik daripada BH Online.
Encik Ruslin berkata, siasatan itu juga bertujuan mengenal pasti sama ada pegawai yang bertugas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Beliau berkata, siasatan akan melihat dari pelbagai sudut bagi memastikan semua pihak dilayan dengan adil.
"Kami mengalu-alukan pelawat untuk memasuki Malaysia. Pada masa sama, mereka yang masuk mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
"Mereka perlu melalui proses pemeriksaan imigresen," katanya sambil memaklumkan perkara itu akan diselesaikan secepat mungkin supaya gambaran jelas mengenai insiden terbabit dapat diperoleh, lapor BH Online.
Encik Ruslin berkata, beliau tidak mahu insiden seperti itu mencemarkan imej Malaysia.
Media sebelum ini melaporkan wanita Singapura terbabit didakwa bertengkar dengan seorang pegawai Imigresen, mengingkari arahan dan menggunakan kata-kata kesat.
Wanita itu juga didakwa tidak mematuhi arahan untuk tidak merakam di kawasan larangan dan menggunakan bahasa kesat terhadap pegawai berkenaan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kompleks berkenaan menunjukkan wanita itu terbabit dalam pertengkaran dengan seorang pegawai di kaunter.
Sebuah portal di Singapura melaporkan wanita itu dalam perjalanan ke Johor Bahru ketika kejadian berlaku pada 7 Ogos lalu.
Menurut laporan itu, wanita yang dikenali sebagai Atalia Chua, mendakwa insiden bermula apabila imbasan biometriknya gagal sebanyak dua kali.
Kejadian itu menyebabkan Chua mendekati seorang pegawai imigresen di sebuah kaunter di kompleks berkenaan, tetapi mendakwa dimaklumkan oleh pegawai terbabit bahawa kaunter berkenaan ditutup.
Chua juga mendakwa pegawai berkenaan menjadi marah, dan pertengkaran semakin tegang selepas dia mempersoalkan bagaimana individu lain dapat menggunakan kaunter yang sama.
Wanita itu turut mendakwa pegawai terbabit menjadi agresif selepas Chua merakam kejadian berkenaan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.