Imigresen Batam siasat dakwaan peras ugut terhadap pelancong asing, termasuk rakyat SG
Anggaran Waktu Membaca:
Terminal Feri Nongsapura di Batam pada 25 Feb 2022. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
BATAM: Penguasa imigresen di Batam sedang menyiasat dakwaan ada pegawainya memeras ugut wang daripada pelancong dan pelawat sebagai ganjaran untuk membenarkan mereka masuk ke pulau tersebut.
Laporan mengenai ugutan yang disyaki berlaku baru-baru ini muncul dalam portal berita Mothership.
Ia memaparkan pengalaman pelbagai pelancong yang tiba di terminal feri Pusat Batam.
Jurucakap pihak imigresen Kharisma Rukmana berkata Jabatan Pematuhan Dalaman Imigresen sedang menyiasat laporan tersebut, seperti dinukil laporan Jakarta Post pada Khamis (26 Mac).
Tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku sejajar dengan undang-undang yang berkuat kuasa, kata Encik Kharisma.
"Pejabat Imigresen Batam komited terhadap dasar tanpa toleransi terhadap sebarang bentuk levi haram dan akan menyiasat secara objektif dan profesional semua dakwaan yang melibatkan pelanggaran peraturan."
Menceritakan pengalamannya kepada Mothership, seorang rakyat Singapura yang hanya dikenali sebagai AC berkata dia tiba di Batam bersama pasangannya pada 13 Mac dan memasuki lorong pelepasan berautomasi yang mempunyai barisan lebih pendek.
Walaupun mereka tidak memotong barisan, mereka disekat oleh seorang pegawai imigresen Batam dan diiringi ke bilik soal siasat di mana mereka ditahan selama sekitar dua jam.
"Pegawai itu menjerit, merampas telefon kami, mengugut kami dan menuntut denda sebanyak S$100 setiap seorang," kata AC kepada Mothership.
AC berkata dia akhirnya membayar "denda" itu secara tunai. Beliau seterusnya mendakwa, pegawai itu meletakkan wang tersebut di bawah sebuah papan kekunci. AC berharap pengalamannya boleh dijadikan amaran buat pelancong lain.
Ulasan di Google Maps serta TripAdvisor juga memperincikan kisah daripada para pelancong asing yang menggambarkan pengalaman kurang menyenangkan dengan para pegawai imigresen Batam.
Para pegawai Batam tidak menjelaskan berapa ramai pegawai imigresen yang sedang disoal siasat oleh jabatan berkenaan, atau sama ada aduan tentang peras ugut itu boleh disahkan melalui rakaman kamera CCTV di terminal feri.
Encik Kharisma menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang salah laku melalui saluran rasmi, termasuk e-mel, WhatsApp atau melalui mesej terus di Instagram.
"Kami percaya bahawa semua pelancong asing yang memasuki Indonesia berhak mendapat perkhidmatan imigresen yang baik, bertanggungjawab dan mengikut peraturan," kata Encik Kharisma, sambil mengulangi dasar sifar toleransi pejabat tersebut terhadap levi haram.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.