IMF turunkan ramalan pertumbuhan ekonomi global
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sudah menurunkan ramalan ekonomi bagi pertumbuhan sejagat.
DAVOS, SWITZERLAND: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sudah menurunkan ramalan ekonomi bagi pertumbuhan sejagat.
Dalam laporan terkini IMF mengenai harapan ekonomi sejagat, anggaran baru yang dijangkakan adalah 0.2 peratus lebih rendah daripada ramalan pada bulan Oktober.
Menurut Pengarah Urusan IMF Christine Legarde, pertumbuhan ekonomi sejagat semakin perlahan dan risiko-risiko semakin meningkat.
Namun beliau menafikan akan berlaku kelembapan ekonomi.
Sebaliknya beliau menambah risiko pertumbuhan ekonomi sejagat sudah bertambah.
IMF memberi amaran, kegagalan untuk menghuraikan ketegangan dagangan mungkin mencetuskan keadaan tidak stabil.
Selain perang dagangan Amerika-China, IMF juga memberi amaran tentang kelemahan di benua Eropah dan beberapa pasaran sedang berkembang.
Ini termasuk kegagalan mencapai persetujuan mengenai Brexit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.