Skip to main content

Dunia

IMF pantau tarif baharu Amerika, sedang ekonomi global masih bergolak

Anggaran Waktu Membaca:
IMF pantau tarif baharu Amerika, sedang ekonomi global masih bergolak

Logo Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di ibu pejabatnya di Washington, DC, Amerika Syarikat pada 24 November 2024 (Gambar: Reuters/Benoit Tessier)

Diterbitkan : 11 Jul 2025 07:49AM Dikemas Kini : 11 Jul 2025 08:01AM
WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan pada Khamis (10 Jul) bahawa pihaknya sedang memantau rapi pengumuman tarif terbaharu Amerika, sambil menyatakan prospek ekonomi global masih kekeal tidak menentu dan mendesak negara-negara untuk bekerja secara membina untuk memudahkan sekitaran perdagangan yang stabil.

IMF menyatakan pihaknya akan menawarkan lebih banyak perincian apabila ia mengeluarkan kemas kini kepada Prospek Ekonomi Dunia April pada hujung Julai, menjelang tarikh akhir baharu 1 Ogos untuk rundingan perdagangan.

Presiden Amerika Donald Trump pada Rabu (9 Jul) memperluaskan perang dagang global dengan tarif baharu 50 peratus ke atas import tembaga Amerika dan cukai 50 peratus ke atas barangan dari Brazil, dengan kedua-duanya akan bermula pada 1 Ogos.

Beliau juga mengumumkan tarif lebih tinggi bagi 21 negara lain.

"Perkembangan berkaitan perdagangan sedang berubah-ubah," kata jurucakap IMF sebagai respons kepada pertanyaan Reuters.

"Negara-negara harus terus bekerja secara membina untuk memudahkan sekitaran perdagangan yang stabil dan menangani cabaran bersama."

KILANG-KILANG DI SELURUH AMERIKA, ASIA & EROPAH TIMBULKAN KEBIMBANGAN

Kilang-kilang di sebahagian besar Amerika Syarikat, Asia dan Eropah turut menimbulkan kebimbangan, menurut tinjauan yang dikeluarkan pada Selasa.

Ini meskipun kilang-kilang itu menunjukkan sebilangan daripadanya dapat mengelak pergolakan ekonomi dan terus berkembang maju.

Penganalisis berkata tinjauan itu menggariskan cabaran yang dihadapi oleh perniagaan dan penggubal dasar, sedang mereka cuba menangani langkah-langkah Presiden Trump untuk mengubah aturan dagang global.

Pegawai pentadbiran Presiden Trump berhujah bahawa tarif yang dikenakan setakat ini tidak menyebabkan inflasi, dan berkata undang-undang pemotongan cukai yang diluluskan minggu lalu akan mengimbangi sebarang kesan negatif sementara daripada cukai tambahan yang dikenakan ke atas perdagangan.

Pada April lalu, IMF mengurangkan ramalan pertumbuhan untuk Amerika Syarikat, China dan kebanyakan negara, dengan menyebut kesan tarif Amerika kini berada pada tahap tertinggi dalam 100 tahun dan memberi amaran bahawa ketegangan perdagangan yang meningkat akan semakin melengahkan pertumbuhan.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita