Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

IMF digesa keluarkan rizab baru untuk bantu negara tangani krisis bertindih

Anggaran Waktu Membaca:
IMF digesa keluarkan rizab baru untuk bantu negara tangani krisis bertindih

Logo Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). (Gambar: Zach Gibson/AFP)

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) harus mengeluarkan rizab kecemasan baru bernilai AS$650 bilion (S$928 bilion) untuk membantu negara anggotanya yang sedang bergelut dengan beberapa krisis kesihatan, makanan, tenaga dan inflasi.

Demikian dinyatakan 140 kumpulan masyarakat sivil dalam surat kepada lembaga IMF pada Khamis (6 Okt).

Pegawai IMF pada Julai lepas menyatakan pengeluaran baru rizab Hak Pengeluaran Khas (SDR) adalah antara pilihan untuk membantu negara-negara yang bergelut dengan kesan peperangan Rusia di Ukraine. Namun, tidak ada perbincangan lanjut mengenai perkara tersebut, lapor Reuters.

Bank Dunia memberi amaran bulan lalu mengenai risiko kemelesetan global yang meningkat akibat peperangan dan pada Rabu (5 Okt) menyatakan bahawa hampir 600 juta orang masih hidup dalam kemiskinan.
Seruan yang sama dibuat penggubal undang-undang dan kumpulan perniagaan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Ini meskipun pengkritik menyatakan bahawa rizab baru itu juga akan memberi suntikan baru kepada Rusia yang kekal sebagai anggota IMF, lapor Reuters.

IMF pada Ogos 2021 memperuntukkan aset SDR bernilai AS$650 bilion (S$928 bilion) kepada negara anggotanya untuk membantu dalam pemulihan pandemik COVID-19. Namun negara-negara miskin meminta dana lebih tinggi disebabkan kadar inflasi yang tinggi dan krisis hutang yang menggunung.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan