Imam terlupa takbir, solat sunat Aidilfitri diulang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: NSTP/Amir Hamzah Nordin
JERANTUT: Gara-gara imam terlupa melakukan lima kali takbir pada rakaat kedua menyebabkan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut (MTMAJ), di Pahang buat kali kedua pada Sabtu (22 Apr).
Sejurus memberi salam, imam berkenaan mengakui kesilapan dan menyatakan hasrat untuk mengulangi solat sunat yang diikuti kira-kira 3,000 jemaah buat kali kedua pada jam 8.55 pagi, lapor BH Online.
Seorang jemaah, Ruzaini Abu Bakar, berkata tindakan imam memohon maaf dengan segera sangat dipuji.
"Tahniah kepada imam, terus akui kekhilafannya dan mahu mengulangi semula solat," katanya, seperti yang dipetik oleh BH Online.
Seorang lagi jemaah, Muhd Ariffin Shafie, berkata imam meneruskan solat sehingga tahiyat akhir dan memberi salam.
"Imam terus mengakui dengan memaklumkan kekhilafannya melalui sistem pembesar suara dan mahu diulang solat ini, Alhamdulillah solat sunat berjalan lancar pagi ini," katanya.
Sementara itu, kira-kira 500 kanak-kanak bawah usia 12 tahun menerima duit raya daripada pengurusan masjid tersebut sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.