Skip to main content

Dunia

Imam mohon maaf sebab dakwa hubungi 'Tuhan' sebelum sambut Aidilfitri di Jogjakarta

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Imam Masjid Aolia di daerah Panggang, Gunungkidul di Jogjakarta, Indonesia, memohon maaf atas kenyataannya berhubung dirinya yang menghubungi 'Tuhan', sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama jemaah masjid itu pada Jumaat (5 Apr).
“Terkait pernyataan saya pagi tadi (6 Apr) tentang istilah menghubungi Allah, itu sebenarnya hanya istilah. Yang sebenarnya, ia perjalanan kerohanian saya, menghubungi Allah.

“Apabila pernyataan saya yang menyinggung atau tidak berkenan, saya mohon maaf yang sebesar-besarnya kepada semua pihak... terima kasih,” kata imam Sholeh Pranolo dalam satu rakaman video yang tular pada Sabtu, lapor Sinar Harian.

Beberapa jam sebelum membuat permohonan maaf itu, Imam Sholeh yang lebih dikenali dengan panggilan Mbah Benu menerima kecaman hebat kerana mendakwa ‘menelefon' Allah untuk bertanyakan tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Saya tidak menggunakan cara perhitungan. Saya telefon kepada Allah. Ya Allah... hari ini (Khamis, 4 April 2024) sudah 29 Ramadan, bilakah 1 Syawal?,” ujarnya seperti dilaporkan portal berita suara.com.

Mbah Benu yang yang sudah berusia 82 tahun kemudiannya diberitahu tarikh 1 Syawal jatuh pada Jumaat, 5 April 2024 - lima hari lebih awal daripada keputusan Pimpinan Pusat Muhammadiyah, yang menjangkakan ia jatuh pada Rabu, 10 April 2024.

Menurut laporan suara.com lagi, berdasarkan apa yang dimaklumkan kepadanya, Mbah Benu membuat keputusan untuk menyambut 1 Syawal bersama sebahagian jemaahnya pada Jumaat, 5 April 2024.

Sebelum itu, jemaah Masjid Aolia dilaporkan sudah mula berpuasa pada Khamis, 7 Mac 2024.

Pada Khamis (4 Apr), portal berita Detiknews melaporkan, jemaah di daerah itu akan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di rumah imam Masjid Aolia di Kabupaten Gunungkidul.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita