Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Imam didakwa cederakan isteri

Seorang imam dihadapkan ke Mahkamah hari ini (7 Jan) atas tuduhan menumbuk, mencekik dan memijak isterinya sehingga cedera pada Mei 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Imam didakwa cederakan isteri

Muhammad Zaki Kamal mengaku tidak bersalah sejurus dakwaan terhadapnya dibacakan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Jan 2020 08:38PM Dikemas Kini : 07 Jan 2020 08:45PM

MELAKA: Seorang imam dihadapkan ke Mahkamah hari ini (7 Jan) atas tuduhan menumbuk, mencekik dan memijak isterinya sehingga cedera pada Mei 2019.

Muhammad Zaki Kamal, 30 tahun, dikatakan melakuakan kesalahan itu di dalam bilik tidur sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka sekitar 7.45 malam pada 9 Mei tahun lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dakwaan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, lapor Astro Awani.

Zaki boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda sehingga RM2,000 (S$660) atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raudhah Mazman mencadangkan jaminan RM6,000 (S$2,000).

Menurut Astro Awani, tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah berkenaan dikurangkan, kerana dia hanya seorang penjawat awam di Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) manakala isterinya tidak bekerja selain perlu menanggung dua anak yang masih kecil.

Sejurus mendengar hujahan kedua pihak, Majistret Mohamad Izwan pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,500 (S$500) dengan syarat tambahan hanya isterinya sebagai penjamin.

Mahkamah menetapkan 4 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes, lapor Astro Awani. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan