Imam di Kedah guna platform media sosial cari dana RM2.4 juta bagi bina hotel di masjid
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Masjid Al Busyra Merbok)
MERBOK: Seorang imam dari Masjid Al-Busyra di Merbok, Kedah, bertindak luar biasa dengan melancarkan kutipan RM2.40 (S$0.70) bagi mencukupkan dana berjumlah RM2.4 juta (S$670,000) bagi pembinaan hotel di masjid berkenaan pada Rabu (21 Feb).
Lebih menarik, Mohd Firdaus Mat Akhir, 36 tahun, menggunakan platform media sosial untuk bersiaran langsung bagi meraih sumbangan pengguna Facebook dan TikTok sekali gus membolehkan semua golongan berinfak dengan hanya serendah RM2.40 (S$0.70) setiap seorang, lapor Sinar Harian.
Jelasnya, inisiatif itu dilihat sebagai sesuatu yang tidak mustahil untuk dilaksanakan setelah mendapat inspirasi daripada seorang usahawan tempatan yang berjaya meraih RM1.2 juta (S$336,000) jualan dalam masa tiga minit.
"Produk terbaharu usahawan dan juga pempengaruh media sosial, Khairul Aming iaitu Dendeng Nyet Berapi terjual 80,000 unit hanya dalam tiga minit, saya melihat 'live' itu dan berniat, masjid pun akan guna platform sama untuk lancar kutipan agar semua orang berpeluang kumpul pahala," katanya.
Lebih mengejutkan, sebaik sahaja siaran ditamatkan dalam masa kira-kira sejam bersiaran, Encik Mohd Firdaus berjaya mengutip RM245,452 (S$68,000) termasuk lebih RM100,000 (S$28,000) kutipan terkumpul lebih awal sebelum 'live' bermula.
Menurut laporan Sinar Harian,selepas beberapa hari pelancaran dibuat, kutipan terkini yang berjaya diperoleh mencecah RM385,000 (S$108,000).
Encik Mohd Firdaus bagaimanapun melahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada semua penyumbang yang memberikan sokongan terhadap pembangunan hotel di masjid berkenaan.
"Ini kali pertama kita lancarkan kutipan dalam 'live', dapat banyak ini pun saya bersyukur sangat. Moga Allah berkati usaha kita dan limpahkan rezeki kepada semua yang menyokong, namun usaha kita untuk cukupkan dana RM2.4 juta (S$670,000) akan tetap diteruskan setiap hari," katanya.
Setakat ini, pembangunan naik taraf di Masjid Al-Busyra menjadi tular di seluruh Malaysia kerana sebelum ini, masjid usang yang berada di kawasan luar bandar itu diubah menjadi sebuah masjid mesra musafir berkonsepkan hentian rehat dan rawat (R&R).
Ia turut dilengkapi medan selera, dobi layan diri, tempat cuci kereta, tandas yang selesa, kedai gunting rambut, bistro, menyediakan perkhidmatan percetakan, membekalkan air telaga wakaf dan terbaharu akan menyiapkan hotel sebagai kemudahan musafir yang singgah ke masjid.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.